Tuesday, January 9, 2018

Kempen Pendaftaran Keahlian PPPJU

Borang Keahlian akan diedar kepada setiap rumah melalui wakil-wakil PPPJU, kaunter pendaftaran akan di buka pada tarikh dan masa seperti berikut :

Tarikh: 13/1/2018, 20/1/2018 dan 27/1/2018 (Sabtu)

Masa: 9.00 pagi - 11.30 pagi

Tempat: Dewan Komuniti Pandan Jaya, Jalan Pandan 9

Untuk menjadi ahli, yuran pendaftaran RM5 dan yuran tahunan RM10 dikenakan.

Hari Pelanggan akan diadakan pada 27/1/2018 dimana wakil dari Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat akan menerangkan tentang pemanjangan pajakan tanah dan wakil PDRM akan bersama-sama kita membincangkan isu-isu keselamatan.
Penyampaian Cek Sumbangan RM10 ribu kepada PPPJU oleh ADUN Chempaka
Penyampaian cek sumbangan RM10 ribu kepada Persatuan Penduduk Pandan Jaya Utara oleh Y.B. Dato' Iskandar Abdul Samad, ADUN Chempaka merangkap EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Selangor semasa Mesyuarat Agung PPPJU pada 25hb November 2017.